salam nuzul al-quran utk seme....

sempena hari yg penuh barakah ini.... Puspanita opis telah menganjurkan ceramah agama bertajuk WANITA DAN KITABULLAH....ceramah tu disampaikan oleh USTAZAH AZNI ABU MANSOR AL-HAFIZAH....
mmg terkesan ceramah tu..... dengan alunan surah dari ustazah...sungguh lunak dan sedap didengar...
antara intipati ceramah tersebut....

bagaimana kita boleh jadi ahli vvip Allah swt...

senang sahaja..... belajarlah membaca alquran dan mengajarlah....
kerana alquran adalah mukjizat yg paling berharga dari allah...
ada pendapat menyatakan bahawa takut nak tambah dosa...
kerana kalau kita membaca alquran salah...kita akan berdosa....
namun begitu...kalu kita x berusaha utk belajar...nescaya kita akan peroleh 2 kali ganjaran seperti Jibrail...
yang penting kita perlu belajar....(dari tok-tok) ayat saloma kepada P.Ramlee dalam filem Ahmad Albab....

ada satu kisah ttg BILAL BIN RABBAH.... walaupun dia x boleh menyebut "shim" dalam azannya... namun Allah SWT tetap menerimanya , dan satu kaki Bilal adalah di syurga.....pernah sekali Bilal tidak mengazankan solat Subuh....Jibrail turun dari langit bertanyakan Rasullulah kenapa x ada azan dan solat?kerana Allah tidak mendengar suara Bilal.... kata Rasullulah mereka sudah azan dan solat berjemaah.... sungguh istimewa Bilal di sisi Allah SWT....

oleh itu,kita sebagai manusia dan khalifah patut bersyukur kerana Allah telah menurunkan Al Quran kepada manusia....(bukit dan laut pun x sanggup menerima kelebihan alquran) kerana itu adalah tanda kebesaran Allah..

tips dari ustazah...

**bacalah yasin selepas solat subuh... insya allah apa yg dihajati akan termakbul...

**kepada  anak-anak yg akan menduduki peperiksaan.... para ibubapa boleh membaca surah yasin selepas suboh selama 40 hari berturut-turut...insya allah mereka akan beroleh kejayaan...

mulai dari hari ini sama2 lah kita membaca alquran.... kerana setiap pahala akan diberi kepada kita utk setiap patah perkataan yg kita baca....

sebuah kisah dari ustazah... ada seorang teman yg sama-sama belajar meghafal alquran dengan ustzah.... telah kehilangan matanya pada usia 17 tahun akibat brain tumor.... pada mulanya dia amat sedih akan kehilangan anugerah paling berharga.... namun selepas 7 tahun belajar.... alhamdullilah dia berjaya menghafal 30 juzuk alquran... dan dia berkata kepada ustazah.... walaupun Allah swt telah mengambil kedua-dua matanya.... namun Allah SWT telah memberi keindahan 30 juzuk alquran kepadanya...jika tidak mungkin dia tidak akan menghayati alquran.....

namun begitu.... teman ustazah ini telah kembali kerahmtullah dengan hafazan 30 juzuk alquran.... alfatihah utk teman ustazah..

semoga segala kisah-kisah ini akan mendorong kita lebih dekatkan diri utk menghayati alquran dan membacanya....


salam seme....

mekaseh kepada seme yg mendoakan akan kesejahteraan saya,kebahagiaan sy,kecemerlangan saya didunia dan diakhirat sempena hari lahir saya....semoga doa kalian seme akan diperkenankan olehNYA...
Tiada kata boleh saya zahirkan kepada seme yg masih mengingati hari lahir saya.... namun jauh disudut hati saya,ada rasa pilu kerna inilah tahun pertama saya menymbut hari lahir tanpa ucapan dari seorang IBU....
namun saya tahu doa arwah mama akan sentiasa mengiringi saya...semoga saya akan berjumpa mama di syurga...amin...

Insya allah....saya akan sentiasa jd insan yg terbaek didunia dan diakhirat.....sentiasa bermunasabah diri dan redha akan ketentuanNYA....

*** kita insan yg lemah....hanya mampu berserah.....

horey2...

smlm PM umumkan ada setengah bulan bonus utk kakitangan awam....
semua kakitangan kerajaan senyum lebar la gi keje arini.....sbb akan dapat bonus dalam pertengahan bulan ni.... alhamdulillah....

mulai esk (sempena hari lahir saya)hehehe.. 10-14hb Ogos...ada jualan hari raya kat sebelah  opis.... mmg akan meriah la...sbb seme kakitangan kerajaan akan bershopping nak menyambut lebaran yg bakal tiba nanti.(majoriti wanita)..

jualan hari raya tu anjuran KPDNKK...ini masuk tahun ke2... mcm2 barangan dijual...majoriti harga borong...such as..Ducth Lady,Nestle,Julie,etc.... dari makanan,pakaian dan sampailah kelengkapan rumah...macam2 ada...

so kepada warga Putrajaya...datanglah beramai-ramai.....

Berbelanjalah secara berhemah....


salam ramadhan utk seme.....

setiap dari kita diwajibkan berpuasadi bulan ramadhan kerana banyak kelebihan dan ganjaran dalam bulan ramadhan ini....
Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala mengkhususkan bulan Ramadhan dari bulan-bulan yang lainnya. Diantarakeutamaan Ramadhan antara lain:

(1). Bau mulut orang yang berpuasa, lebih harum di sisi Allah, daripada minyak wangi kasturi.
(2). Para malaikat senantiasa mendoakan ampunan bagi orang yang berpuasa sampai dia berbuka puasa.
(3). Dibukanya pintu-pintu syurga dan ditutupnya pintu-pintu neraka.
(4). Terdapat Lailatul Qadar, yaitu suatu malam yang lebih baik dari pada seribu bulan
(5). Terdapat ampunan bagi orang yang berpuasa
(6). Diikatnya syaitan

antara amalan-amalan yang dikhususkan dalam bulan ramadhan-


1). SOLAT TARAWIH

Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam bersabda :

”Ertinya : Barang siapa yang mendirikan Qiyamu Ramadhan dengan penuh keimanan dan berharap pahala Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” ( Hadits Riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim)

2). BERSEDEKAH

Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan. Nabi Muhammad Shalallahu alaihi wa sallam bersabda:

”Ertiya : Seutama-utama sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan” (Hadits Riwayat Tirmidzi).

3)MEMBACA AL-QUR’AN AL-KARIM, MEMPELAJARI TAFSIRNYA DAN MEMAHAMINYA

4) MENCARI LAILATUL QADAR

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

”Ertinya : Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit
fajar” (Al-Qodr: 1-5)

5). MEMPERBANYAK ZIKIR, DO’A DAN ISTIGHFAR


** semoga kita semua akan mendapat hidayah atas apa yang kita amalkan dalam bulan yang mulia ini...sesungguhnya kita sebagai umat hanya perlu melaksanakan apa yang disuruh dan jauhi perkara-perkara yang dilarang.... waktu kita semakin singkat dalam yang akhir zaman ini.... umat Muhammad SAW hanya akan hidup antara umur 60-70 tahun sahaja.... tak seperti umat Nabi Adam dan yang lain2.. oleh itu kita haruslah carilah rezeki untuk kita hidup seribu tahun lagi, dan beribadatlah kita seolah-olah anda mati keesokan hari".
 

Salam seme....

Artikel dari Berita Harian bertarikh 4/4/2011...

Kakitangan awam perlu terap elemen 'Strategi Laut Biru': Najib

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak mahukan setiap anggota pentadbiran awam menerapkan empat elemen penting yang terkandung dalam "Strategi Lautan Biru" dalam pengurusan tugas mereka.

Perdana Menteri berkata, empat elemen tersebut ialah "mengurang", "menghapus", "mewujud" dan "menambah peluang".
Beliau berkata, dengan menerapkan elemen tersebut, pencapaian dan keberhasilan sektor pentadbiran awam akan terus meningkat.
"Jadi dengan cara pendekatan seperti ini, saya percaya kita akan dapat melihat pendekatan kerajaan ini bukanlah melalui aspek agenda utama sahaja.
"Tetapi kita gunakan apa sahaja pendekatan kelengkapan pengurusan...pemikiran yang lebih kreatif supaya pencapaian dan keberhasilan kita dapat ditingkatkan," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.

Semlam sy menghadiri satu kursus bertajuk Pemikiran Inovasi melalui Pendekatan  Blue Ocean Strategy.. mmg mula2 mcm blur aje.... ape tu Blue Ocean???? ...sebelum ni time buat KIK dulu.. ada diperkatakan ttg Blue Ocean... tp x faham sgt....tapi pas g kursus tu... dah clear skit apa yg blur aritu.... alhamdullilah.... mekaseh kat penceramah dari INTAN..DR ONG.... walaupun kursus tu hanya satu hari aje....tp ada ilmu jg yg sy dpt.... so pasni kalu ada sesiapa yg tnya...leh sy explain jg...ada kaitan jg ngan KIK.... cuma bezanya pendekatan utk selesaikan masalah aje berbeza... kalau dalam KIK guna Ishikawa utk selesaikan masalah...tp Blue Ocean gunakan Strategi Kanvas dan 4 prinsip iaitu.... Eliminate,Reduce,Raise dan Create..  sebagi contoh AIRASIA,OLDTOWN WHITE COFFEE... adalah contoh blue ocean...dimana mereka menggunakan pendekatan berubah menjadi lebih baik... dari pendekatan yg berlainan persepsi....



*** Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: “Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri
China, kerana menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap orang ...