salam seme...

jom kita ramai2 jadi follower http://yusgreatidea.blogspot.com/.... sbbnya sempena meraikan ulangtahun ke3 blog tu....yusra akan berikan kita yg daftar jd follower dia diskauan sehingga 50% untuk tempahan kek,cupcake,coklat,cream puff etc....  promosi sehingga mei ni... so sesapa yg nak order utk wedding,birthday or anything leh dapat harga murah.....berbaloi2...



apa lagi.... jom kita ke blog yus great idea....



mgu lepas ari jumaat malam makcik dan her family dtg umah nk antar my kezen ke ekspo uitm.... ekspo tu untuk lepasan spm dan stpm utk mnyemak keputusan dengan kelayakan bidang yg leh diambil...mmg bagus ekspo ni kerana seme lepasan spm dan stpm dpt datang dan melihat sendiri suasana di unversiti serta dapat memberi perangsang utk belajar....

ptg tu sy ada game boling kat alamanda.... game utk seksyen sy.....game utk family day seksyen sy tahun ni...so sy kena handle la ajk sukan la katakan...hehehe....tahun ni x ramai yg sertai sbbnya seme tgh minat main badminton...hadiah kali ni agak lumayan... hadiah wang tunai smpi top 5...sy mcm biasa la dpt tmpt ke 3..sbbnya ada yg top 2 tu mmg terror... sy ni ala2 la aje...sbb dh lama x training....kuang3...

pas game trus balik umah....nasib baik my sis ada umah...so dia kemas skit2 la umah tu..... maklumla.... umah org bujang.... so dalam kol 9 lbh makcik sy smpi..time tu kami nak makan nasi..sbb lapar sgt.... adik sy masak sardin aje.... tu yg ada kat umah.... mmg sedap...dia pandai masak macam arwah mama...

makcik smpi wiz pizza dan kek blueberry....mmg sedap.... mekaseh bebyk... so smbil makan kek kami dok smbg pasal result my kezen...apa yg dia minat dismping result yg dia dapt..... do she decide nak buat TESL dan Maths.... my kezen tu mmg power BI .... dia nak jd cikgu  mcm mak dia or lecturer mcm adik sy

mlm tu sy ada teman tido la...smbil sembang tgk cite korea.... dua2 mmg minat ngan cite korea.... so sy suruh dia amik 2nd language bahasa korea kat uitm nnti....

esk nya dalam kol 830 kami gerak ke sana.... smpi kat uitm shah alam dalam kol 9 lbh.... emmm dah ramai org kat sana.... so kami pun menapak ke dewan canselor baru....kena melalui stadium uitm....alaaaa.... kenangan mengusik jiwa.... stadium tu ada kenangan bersama saya.... saya penah berlari 6 pusingan kt situ utk syarat kemasukan diploma sains sukan...time tu tahun 1997... 

dah smpi kat dewan tu...kena daftar.... so pas daftar kami kena log in dalam website uitm.....kena masukkan result..then akan keluar dgn keputusan yg layak utk dipohon.... then pas tgk keputusan bidang mana yg layak.... my kezen layak buat Diploma Pentadbiran Awam, Diploma Business Study, Diploma Information Management ...utk Asasi Tesl dia x dpt sbb resultnya x memenuhi syarat.... so kami trus ke booth2 yg ada dalam dewan tu utk dapatkan informasi..... dalam kol 12 kami gerak balik..... time tu lagi ramai yg dtg.....  

otw balik kami lalu kat area asrama adik sy....kolej mawar...dok cite pasal kenangan lama my sister dan hubby dia..... sbbnya mereka smbg degree kat situ dulu.....bulan mei ni my sister ada konvo master kat sini jg.... setelah mengharungi kesusahan ulang alik dari melaka utk attend kelas master...akhirnya dapat jg dia segulung  master....im proud of her.... 

pas balik dari uitm, kami trus ke mines....nak beli handphone kat my kezen....hadiah spm dari makcik sy.... smpi kat sana dalam kol 12 lbh....so kami trus ke tkt 4 jumpa ngan salesman pujaan kami....vincent...mmg handsome.... my kezen nk beli hp samsung....so we decide belikan dia samsung young....mcm dia jg...young n cute.... lepas nego harga n function hp tu...trus dia berkenan.... katanya nak yg touch screen.....sbb ramai kwnnya dah pakai touch screen....ok la....citarasa teenage..... pas beli hp trus ke mcd... makanla..... ramai org... nak tgk wayang cite x berapa menarik....so pas makan kami jalan2 la nak beli baju kt kezen.... pusing punya pusing  kezen plak nk beli handbag....so tawar punya tawar dpt la murah.... cntek beg tu color oren lagi....my kezen tu mmg rapat dengan kami berdua... sbbnya dari kecik kalu dia balik kpg dia akan tgu adik sy baru dia akan main..kalu x dia akan dalam rumah aje....kami berdua dh anggap dia mcm adik kami sendiri...arwah mama pun syg sgt kat dia.... arwah mama pesan kalu makcik nak minta tolong utk kezen sy ni....tolongla sbbnya dia anak tunggal....arwah mama pun slalu kata harap kezen sy ni akan smbg bljar ke universiti sbbnya makcik sy ni x penah berkira pasal $$ time kami belajar dulu.... so skrg ni time kami plak tolong kezen sy tu...

pas balik umah dalam kol 3 kami zzzz sbb letih spjg hari kat luar....dalam kol 6 lbh kami ke alamanda sbb nak cari baju...kt mines td kezen sy x berkenan.... so dia nak g jalan2 kat alamanda plak.... pas shopping kat alamanda kami decide nak dinner kat warung gear box bangi...dah lama x makan kat sana.....makcik pun kata makan kat situ sedap.... so dalam kol 8 lbh kami g bangi.... emm mmg ramai aritu.... slalunya kedai tu cepat serve makan..... tp malam tu lmbt skit dr slalu.... kami makan nasi putih,ikan siakap 3 rasa,telur bungkus dan kangkung belacan...makcik pulak order mee hailam....yum2

balik umah..... lepak kat bilik smbil tgk tenet utk log in website upu... nak tgk course laen yg sesuai dgn kelulusan kezen sy tu... so yg ada UPSI dan UIA...diploma Bhs Inggeris dan diploma maths..... so kami nasihat dia pilih UPSI,UITM,UIA.... so dia pun setuju..... malam tu tgk dia happy sgt sbbnya dia kata dia seronok dpt enjoy ngan kami..... im also happy spend time wiz u....naemah...



 

Menangi iPhone 4S Dari Konvensyen Bidadari Dunia 2012

Wanita adalah satu simbolik yang sering dikaitkan dengan kelembutan dan jua kesopanannya. Warna putih pula dikaitkan dengan suci dan bersih.

Islam tidak menghalang wanita menghias diri dalam apa keadaan pun tapi haruslah mengikut garisan islam.

"Katakanlah, kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan menjaga kehormatan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang tampak darinya. Hendaklah mereka mengulurkan/menutupkan kain kudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau mertua mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung." - Surah Al-Nur (24): 31

Muslimah kini haruslah bergerak mencari "role model" terbaik bagi membentuk dan menyerlahkan lagi penampilan serta bakat tersendiri sepertimana Saidatina Khadijah r.a. isteri Rasulullah S.A.W.

Sebagai insan biasa kita tidak mungkin dapat menyamai Saidatina Khadijah r.a. namun sebagai hamba Allah swt, kita boleh berusaha memupuk dan menyemai sifat-sifat terpuji itu secara beransur-ansur dengan sabar.

Antara sifat-sifat terpuji itu ialah taat perintah Allah, berakhlak mulia, dermawan, sabar, tabah, cekal, penyayang, berwawasan dan berfikiran kreatif.

Keikhlasan hati beliau terletak di kedudukan langit tertinggi yang hanya boleh dicapai oleh insan yang melakukan sesuatu hanya kerana Allah swt semata-mata.

Selaras degan tuntutan kini yang dahagakan ilmu dan jua memerlukan sesuatu proses bagi menimbulkan kesedaran diri untuk menjadi yang terbaik diantara yang terbaik, maka pihak iluvislam.com ingin turut serta meyumbangkan tenaga ke arah pembentukan muslimah sejati, muslimah terbaik.

Oleh yang demikian, iluvislam merancang untuk mengadakan satu program yang boleh dijadikan landasan untuk para muslimah, mencari dan memperbaiki diri, di samping menambahkan ilmu pengetahuan.

Bagi menambah kerancakan sekaligus meraikan peserta Konvensyen Bidadari Dunia 2012 yang akan berlangsung Mac ini, iluvislam menawarkan hadiah istimewa kepada peserta bertuah dalam Konvensyen ini.Iluvislam menawarkan hadiah istimewa iPhone 4S kepada peserta yang berjaya membawa paling ramai rakan bagi mendaftar dalam Konvensyen Bidadari Dunia 2012

Sebagai maklumat, Konvensyen Bidadari Dunia 2012 yang akan diadakan pada 24 dan 25 Mac 2012 ini menghimpunkan tokoh-tokoh wanita seluruh Malaysia di bawah satu bumbung.

Antara tetamu yang hadir dalam Konvensyen Bidadari Dunia 2012 ini termasuklah penulis novel tauhid popular, Fatimah Syarha, Prof. Madya Dr Syarifah Hayati Syed Ismail Bistari, Prof. Dr. Muhaya Mohomad, Wardina Safiyyah, Catriona Norhayati Ross Bahrin, Amie Sofie, Dato' Siti Nor Bahiyah dan ramai lagi.

Bertemakan Wanita Seindah Hiasan, Konvensyen Bidadari Dunia ini bermatlamat bagi melahirkan lebih ramai pendakwah muslimah sejati, membantu para wanita supaya menjadi anak yang solehah, memberi anjakan paradigma dalam diri setiap muslimah demi memperbaiki diri ke arah yang lebih baik disamping mengamalkan syariat Islam.

Maklumat lengkap mengenai Konvensyen Bidadari Dunia 2012 ini boleh didapati di www.bidadaridunia.com.

- Petikan dari Artikel iluvislam.com
 
p/s Kepada seme wanita2 diluar sana jom kita seme ke PICC menghadiri konvensyen ini kerana banyak pengalaman dan pengetahuan baru akan kita peroleh dari speaker2 yg mmg terbaik yg dijemput bagi menjayakan konvensyen ini..... Luangkan masa kita untuk menuntut ilmu kerana ilmu itu adalah pelita hidup....

SUDAH menjadi lumrah, ada sesetengah manusia yang berasa kurang senang apabila melihat kelebihan nikmat dikurniakan Allah kepada orang lain. Untuk menghapuskan perasaan negatif itu, kita seharusnya mengikuti panduan digariskan Nabi SAW.

Diceritakan kepada sahabatnya, Abu Zarr Al-Ghifari, katanya Nabi SAW pernah suatu hari berpesan kepadanya: “Lihatlah kepada orang yang berada di bawah mu dan jangan melihat orang yang berada di atas mu kerana yang demikian lebih patut supaya kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang diberikan kepadamu.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)



Ini satu panduan terbaik buat kita menelusuri kehidupan di dunia dengan tidak menyimpan perasaan hasad dengki dan iri hati terhadap orang lain. Memang benar, ada manusia diberikan nikmat kurniaan dalam bentuk limpahan kekayaan kebendaan ataupun anak yang ramai. Dalam hal pemilikan harta kekayaan dunia, seharusnya kita meneliti bagaimana orang itu mendapat hasilnya. Mungkin kerana kecekapan dan kegigihan usaha penuh dedikasi sehingga memperoleh nikmat Allah itu. Kita fikir dan renunglah sebagai iktibar supaya turut sama berusaha gigih.

Kita dilarang keras melakukan sebarang pengkhianatan ataupun perbuatan sabotaj terhadap usaha dan perolehan mereka.

Cubalah kita membawa mata hati berfikir dan melihat kepayahan hidup orang lain yang lebih rendah daripada kita. Sudah tentu pada ketika itu kita berasa sangat bersyukur kerana berada dalam keadaan lebih baik.

Ini sebenarnya inti pati hadis Nabi SAW yang mengajak seluruh umatnya bersyukur atas segala nikmat dimiliki dan tidak melihat kepada golongan yang sudah kaya dan mewah hidupnya sehingga terkocak dalam hati rasa dengki. Rasulullah SAW meminta kita sentiasa bersikap syukur atas nikmat diberikan Allah dan bersifat qanaah, iaitu berasa cukup kurniaan Allah.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya sangat beruntunglah orang yang memeluk Islam, diberikan rezeki yang cukup, dan Allah menjadikannya berasa puas terhadap apa yang Dia berikan kepadanya.” (Hadis riwayat Muslim, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Namun, dalam aspek ibadah, kita harus melihat kepada orang yang lebih baik daripada kita. Jika ada kalangan sahabat atau ahli masyarakat yang hebat amal ibadat wajib mahupun sunat, perlu dijadikan ikutan supaya kita juga tergolong dalam kategori mukmin salih dan kuat beribadah.

Ingat pesanan Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain. Kerana bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan.” (Surah An-Nisa’, ayat 32)

Selain itu, perbuatan berdengki dengan nikmat dimiliki orang lain akan membawa kepada kemurkaan Allah dan menyebabkan si pelaku hilang pahala segala amalnya. Oleh itu, kita sewajarnya mendidik hati supaya bersih daripada tompokan rasa dengki.


petikan daripada Oleh Mohd Rizal Azman Rifin,Berita Harian
minggu ni mmg bz  ngan game boling dan badminton....

ari rabu ada game boling.....resultnye sy dpt no.4....alhamdullilah...walaupun dh lama x main tapi masih leh maintain utk dpt top 5.... kali ni byk bakat2 baru yg join.... so a bit tercabar la kami2 yg senior ni.... satu main satu lane dgn aida dan nida...dua2 mmg terror...aida dan nida makswip..... sy hanya wakil jabatan aje...x leh nak ke makswip lagi....dulu2 time kat opis lama ada la.... mmg letih main 15 game satu hari....tangan masih nak putus.... mmg kena stamina yg kuat.... so utk kali ni dapt la wakil jabatan ke sukan tahunan kementerian kami....

the next day plak ada game badminton....game start malam kol 8...pasukan kami pakai baju color merah sbbnya bos kami suka color merah.... ada 6 perlawanan... single man,women,double man,women, double veteran-man dan mix..... so acara bermula dlm kol 830...dengan ucapan perasmian our bos...game bermula dalam kol 9... 1st game double man dan women....mmg berdebar2 jg sbb nie fisrt time main badminton setelah sekian lama gantung raket..... partner sy adik fiza.... good kombinasi..hheheh.... fiza nampak neves jg...sbbnya ramai penonton yg nonton.... apapun ni merupakan pengalaman pertama so kalah pun x pa...sbbnya kami berlatih pun x ada coach....main bantai aje.... keputusannya kami kalah.... straight set..21-6 dan 21-12....

pas kami main...game single man dan woman pulak.... kami menang utk single man.... mmg power muyi sbbnya dia ni atlet seme game dia main.....espcially bola tampar...mmg power gilee.... last game double man-veteran dan mix....so keputusannya kami menang utk mix ....veteran hancuss..... x pa la...bos ckp nnti dia kan upah coach utk latih kami...tq boss...... sementara menunggu upacara penyampaian hadiah.... ada jamuan skit.... macam2 makanan...ada bihun grg,kek,ayam masak kunyit,nugget dan sosej grg, cupcake,lempeng,tembikai dan air sarsi.... seme makanan tu disponsor oleh our second bos....

secara keseluruhannya friendly game ni berjaya....pasni urusetia akan anjurkan utk next game....tunggguuu








hajah che char bt hj abu bakar

itulah nama nenda saya..... kami seme panggil dia opah@ pah ye.....sebabnya family sebelah opah berasal dari kuala kangsar,perak.....arwah mak kepada opah hajah aishah berasal dr kerabat perak.... arwah nenek datang merantau ke penang berjumpa la dengan nenek lelaki arwah haji abu bakar..... mereka memiliki anak kembar iaitu opah dan tok cik,then 2 org anak lelaki iaitu tok lang dan tok jang dan dua lagi anak perempuan tok ndak dan tok teh.....

opah berkahwin dengan arwah aki hj hamid ahmad...arwah aki berasal dari penang jg....arwah aki seorang ustaz.... mereka dikurniakan 7 orang anak 2 lelaki dan 5 perempuan... malang 2 anak perempuan mereka meninggal masa kecik.... iaitu adik kepada arwah mama....so tinggal la 5 org shj....

opah ni seorang yg tegas.... mmg layak jd cikgu.... namun  impian x kesampain kerana arwah nenek tk benarkan opah mengikuti kursus utk jd guru sbbnya opah anak sulung...so kena jaga adik2 yg masih kecil... opah seorang anak yg bertanggungjawab.... semasa kecik lagi opah dah kena jd adik2,memasak,mengemas rumah,jaga kedai runcit arwah nenek.....sehinggalah berkahwin dgn arwah aki... pas kawin opah mmg seorang ibu yg tegas sbbnya arwah aki hanya seorang guru agama.... ank2 ada 5 orang nak dibesarkan... so pagi pas masak sarapan ..opah akan ke sawah.smpi thari...pastu arwah aki akan ke sawah sebelah ptg.... mereka akan bergilir2 turun sawah.... alhamdulillah berkat ketabahan dan kesabaran mereka berdua...anak2 arwah aki dan opah berjaya..dengan memegang jawatan sebagai polis-pak chak,nurse-arwah mama,guru- maksu dan polis bantuan Bank Negara-pakcik.....

sejak sy dilahirkan sy dijaga oleh opah.... sbbnya arwah mama bekerja di kedah...so opah nak tolong jagakan kerana abang pun opah yg jagakan.... abg smpi skrg tinggal ngan opah.... dia panggil opah dgn panggilan "mak".... sy tinggal dengan arwah mama selepas mama melahirkan adik saya-berry....
namun begitu sy mmg suka balik kpg sbbnya ada kezen yg sebaya kat kpg...so time cuti aje ayah akan hantar sy blik kpg.... smpi la skrg ni... sy akan balik ke rumah opah.... walaupun arwah mama dan ayah ada rumh sendiri....

dalam hidup saya antara org yg paling sy sayang adalah opah..... selain arwah mama.... sy mmg rapat ngan opah...apa2 masalah sy akan bercerita dgn opah.... opah mmg sporting habis.... opah memang rapat dgn arwah mama sbbnya arwah mama dan adik arwah mama aje yg tinggal dt kpg...yg lain tinggal kat perak dan kl.... so selepas arwah aki meninggal arwah mama yg uruskan hal rumah opah...dari byr bil,beli brg2 rumah dan urusan2 lain....sy masih ingat bila arwah mama dah habis buat rawatan kimo...dia mmg nak balik kpg.... selepasa balik kpg...arwah mama mmg ceria..sbbnya opah ada disisi bersembang sambil urut tangan arwah mama.... sy mmg cukup tersentuh bila melihat keadaan tu..... arwah mama penah kata sepatutnya dia yg jaga opah....tp skrg opah pula jg dia...paling menyentuh hati sy ari arwah mama meninggal... opah x leh tngk jenazah arwah mama sbbnya opah kata dia mmg sayangkan arwah mama...opah hanya tgk arwah mama sms dibawa balik dr hospital aje..pastu opah mmg x tgk lagi...

selepas hmpir setahun arwah mama meninggal..... opah pulak sakit.... dari bulan januari aritu opah mengadu sakit kaki,sebelum ni opah penah kena sakit tulang.... mmg sedey tgk opah time tu... x lalu makan.... menahan sakit....dah 2 kali abg bw opah ke klinik...namun kaki opah masih sakit.... kali ke 3 ke klinik sy suruh abg bgtau doktor suruh buat x ray sbbnya kaki opah bengkak..... sy takut kaki opah tu berseliuh ke atau patah.... tapi alhamdullillah..... x ada ape2 cuma sakit urat doktor kata..... skrg opah akan jalan ngan gunakan kerusi sbbnya kaki kirinya dah x kuat nak langkah....cian kat opah..... dah la selama ni badan bongkok sbb osteoporosis... dulu kalu arwah mama ada...mesti opah org paling suka bercerita..sbbnya arwah mama pendengar yg setia....tapi kini opah sunyi sbbnya teman nak bersembang dah x ada.....

saya kagum ngan opah...walaupun sakit dia tetap kuat semangat dan x tunjukkan yg dia sakit.... mandi dan makan masih opah buat sendiri.... skrg ni kak long(kak ipar) yg uruskan rumah opah tu selepas arwah mama meninggal dari ke pasar,memasak,membasuh,mengemas,byr bil dan sebagainya 24/7 non stop...... walaupun kak long baru 7 tahun berkahwin dgn abg saya.... tpi dia mmg cekap urusan rumahtngga.... mmg seme org puji kaklong.... arwah mama pun syg kat kak long....dari seme hal kak long pakar...memasak mmg sedap....jaga anak lagi la..mmg terbaek.... hak rumahtangga mmg superb walaupun kekdg sy tgk kak long letih namun dia tetap sabar dan tahan dengan kerenah suami,anak2 dan opah..... terima kasih kak long sbb sanggup berkorban masa dan tenaga utk keluarga kami.... kini maksu tmpt kami menumpang kasih selain opah...maksu mmg rapat ngan arwah mama skrg ni apa2 shj masalah kami,kami akan bgtau maksu...walaupun maksu tinggal di perak, namun dia akan tanyakan hal opah kepada kak long.... setiap kali dia balik kpg...mesti dia kan hulurkan $$ kat kak long dan abg sbb jagakan opah....dia kata dia jauh nak tgkkan opah...dia harapkan abg dan kak long jagakan opah.... $$ boleh cari tp kesanggupan dan kesabaran menjaga org tua mmg susah nak jumpa....

kepada seme yg membaca blog ni...selagi kita ada emak dan nenek selalu2lah bertanya kabar ttg mereka dan ziarah mereka.. bagi mereka $$ tak penting yg penting adalah kasih syg dan sikap ambil berat ... tanpa mereka siapalah kita.... sayangilah keluarga kita...


p/s sy syg OPAH....


Arini seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan kematian yg amat tragis bila pihak polis menjumpai serpihan rangka manusia di dalam kawasan ladang kelapa sawit Nusa Damai pada 8  Mac lalu.....Rangka manusia yang awalnya disangka dewasa dibakar hingga rentung itu ditemui di dalam sebuah lubang oleh orang awam. Siasatan awal polis mendapati serpihan rangka manusia berkenaan sudah dibakar lebih dari lima hari hingga menyukarkan proses untuk mengenal pasti identiti dan jantinanya.Satu mayat rentung ditemui dan siasatan di lokasi kejadian berjaya menemui serpihan tulang. Mayat rentung yang ditemui berhampiran kediaman berkenaan dikenal pasti sebagai mayat Nadirah atau lebih mesra dipanggil Dirang selepasa ujian DNA dibuat keatas serpihan tulang tersebut.....

Ada dosa kanak2 ini sehingga dibakar sebegini rupa dek kerana membeli sebungkus beli mi segera dan telur.Nurul Nadirah dilaporkan hilang selepas ke kedai runcit di tingkat bawah blok perumahan bersebelahan kediamannya untuk membeli mi segera dan telur dengan membawa wang tunai RM4, dalam kejadian jam 10 pagi 1 Mac lalu. Kehilangannya menimbulkan tanda tanya apabila sebelah seliparnya ditemui dalam kebun sawit berhampiran perumahan itu, manakala satu lagi ditemui 500 meter dari situ dengan telur yang dibelinya pecah dan mi segera bertaburan.

Dunia sekarang ini tidak selamat utk semua orang kerana nyawa seorang manusia itu tidak berharga lagi.....  Banyak kes kehilangan kanak2 dan pembunuhan yang begitu tragis dilakukan terhadap seorang kanak2 yang tidak berdosa.... Siapakah harus disalahkan????? tepuk dada tanya selera....

kepada yg membaca blog ini...sama2lah kita sedekahkan alfatihah kepada Nurul Nadirah....smga rohnya diangkat darjatnya disisi Allah... Syurga menantimu sayang.... Al fatihah....
emmm...mgu ni mmg seme org tgh  tgk kejohanan badminton all england.... mana x nye nak tgk dato LCW.... dengan harapan dpt membuat hatrik utk tahun ketiga.... pada kali ni kejohanan ini  diungguli oleh negara China.

sy pun mmg tengah kemaruk tgk badminton ni...yela sejak2 aktif dalam training badminton kat opis....so tgk la dari pusingan awal dan ke final semalam... fuhh.... single wanita,double wanita..China Vs China,double man...China Vs Korea,mix double Indonesia Vs Denmark.... dan yg di tunggu single man mestila Malaysia dan China.... pertemuan musuh lama antara Lin Dan dan Dato LCW..... mmg berdebar2 sy tgk game ni.... sbbnya Dato LCW nak kejar hatrik untuk kali ke 3...manakala Lin Dan kejar utk kejuaraan kelima... perlawanan bermula agak lewat sbbnya double man bermain 3 game.... fuhh....mmg power la double Korea bermati2an nak menang.... mmg salute la....semangat juang yg tinggi(alangkah bestnya jika semangat ni ada dalam seme pemain Malaysia)....

time MC mengumumkan nama pemain seluruh gelanggang bersorak(byk pelajar Malaysia yg dtg beri sokongan kepada Dato LCW)..penonton dari China pun banyak juga.... seme org mmg menunggu pertemuan Lin Dan dan Dato LCW ni kerana mereka berdua adalah pemain pertama dan kedua dunia...

dalam game pertama mmg sengit sbbnya mata silih berganti antara Dato LCW dan Lin Dan.... masing2 mempunyai kepakaran tersendiri....namun begitu keadaan Dato LCW yg masih injure di bahu kanan memaksa dia tidak bermain secara agresif.... dalam game pertama nampak Dato LCW menahan kesakitan...sehingga memaksa dia mendapatkan rawatan doktor perlawanan dengan memberi painkiller..... game pertama Lin Dan menang dengan mata 21-19....

game kedua....dengan keadaan bahu yg semakin sakit membuatkan Dato LCW membuat banyak kesilapan.... sehingga memaksa dia mendapatkan rawatan doktor utk kali kedua.... selepas itu... Dato LCW bermain dengan memaksa dia mmbuat pukulan "smash"utk mendapatkan mata..... selepas pukulan tu.... Dato LCW terus berjumpa dengan referee untuk tarik diri... dia memberikan kemenangan percuma kepada Lin Dan dengan mata 6-2....


apapun semangat yg ada pada Dato LCW harus dipuji kerana demi negara dia berjuang walaupun terpaksa menahan kesakitan... banyak lagi kejohanan dunia yg berprestij antanya Sukan Olimpik pada bulan Ogos ni,dengan sbb itu Dato LCW tidak mahu injury bertambah buruk kerana  dia mengimpikan utk memenangi pingat emas di Sukan Olimpik nnti sebelum dia menggantungkan raketnya selepas Olimpik nanti.....
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan pada 1 Januari lalu akan dimansuhkan.Sehubungan itu, 1.4 kakitangan awam akan tertakluk kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM).Penubuhan sebuah suruhanjaya khas yang dianggotai oleh semua pihak berkepentingan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia.

"Selaras dengan komitmen kerajaan sebagaimana yang diumumkan dalam ucapan belanjawan 2012 suka saya umumkan pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Matriks (JGM) SSM," katanya pada Perhimpunan Khas Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Najib berkata, kerajaan juga bersetuju menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan daripada RM200 sebulan kepada RM250, dan bagi kawasan C kadarnya dinaikkan daripada RM100 sebulan kepada RM150 sebulan.

"Kerajaan juga bersetuju Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.
Antara pelarasan gaji yang diumumkan mengikut gred-gred adalah seperti berikut:
1) Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi kumpulan pengurusan dan profesional dan kumpulam pelaksana di Gred 1 hingga Gred 54.
2) Pelarasan gaji sebanyak 9 peratus untuk gred utama dan gred khas C, B dan A.
3) Pelarasan gaji sebanyak 8 peratus untuk Turus III dan Turus II.
4) Pelarasan gaji sebanyak 7 peratus untuk Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara

kepada seme penjawat awam.... semoga sentiasa mensyukuri apa yg diberikan.... berilah perkhidmatan yg terbaik kepada semua... semoga apa yang dilaungkan oleh PM akan dpt dilaksanakan...

'RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"
yuhuuu...


bulan ni sy mmg bz dgn aktiviti bersukan sbbnya akan ada tournament di opis..biasala awal2 tahun seme jabatan bz ngan sukan...mcm time sekolah dulu2...masuk aje minggu pertama trus kena bg nama utk sukan.....kalu olahraga saya akan wakili rumah sukan dalam lempar cakera,lontar lembing....yg x leh sbb berat muatan...hehehe..... tp dari sekolah rendah lagi sy mmg terror (perasan skit) dalam bola jaring dan hoki...mana x nye...bolajaring saya wakil daerah dan hoki sy wakil negeri kedah....dahsyat tak??? 

time sekolah rendah mmg gah la nama sy sbbnya sy mmg power dalam balingan bola... saya jadi (center) (C) sy yg control seme bola tu.... mmg mcm lipas kudung sy berlari kejar bola....dan sy yg paling tinggi lompat sbb nak tangkap bola....mmg kaki sy x cecah tanah la sbb dok berlari  dan lompat aje....fuuhhh.... kalau sukan hoki plak sy yg  paling banyak jaring gol(sticker)..seme pemain mmg mengeruni saya....smpi ada satu game pihak lawan terlalu geram kat saya smpi ada sorang pemain tu memukul kaki saya....mmg teruk jg sy kena.... dek pukulan kayu hoki tu....mmg bengkak dan berbalut la selama 3 minggu.... dek kejadian tu kaki kanan sy mmg x berapa ok kalau hujan... sbb masih rasa sengalnya...dan kaki akan senang terseliuh kalu lasak2....


berbalik pada cerita kita sebenarnya.... bulan ni..sy mmg bz..arrangekan sukan indoor bahagian sy..then ada tournament boling pada 14hb dan badminton pada 15hb.... so last week ari jumaat sy turun training boling..dh lama x main...so seme balingan x strike la.... asyik melencong ke lain aje.... ada lgi seminggu nak training...so kena pulun ni..... sbb tahun lepas sy x join sbb menjaga arwah mama.....so tahun ni leh la join sukan semula...arwah mama pun tahu sy ni kaki sukan....dia kata penuh rumah dengan hadiah sukan aje dari kecik smpi skrg...arwah mama adalah pendorong saya kerana dimana saya game dia akan ada bagi sokongan time saya sekolah rendah dahulu..... siap naik bas sekolah lagi nak bagi sokongan kt sy.... mama i miss u so much....

esk ada training badminton.... smpi next week.... then celah2 tu ada training boling plak...kalu x kurus pasni x tahu la.... (sbbnya skrg ada designer sendiri) so kena maintain badan agar baju di tmpah cun bila pakai nnti...hahahah...perasan kan....



untuk team badminton dan boling....jom g turun training.... kita enjoy main....caiyo2 my gegirl....
Apa dia Pavlova ni?
Pavlova (pav) adalah sejenis meringue kek yang dibuat dari putih telur dan gula halus sebagai dua bahan utama. Tekstur pavlova ni ringan bila dipegang. Bila disentuh kulit permukaannya akan terasa licin dan garing. Di tengahnya pula lembut dan manis seperti marshmallow. 

Biasanya, pavlova dihidangkan bersama whipped cream dan buah segar seperti strawberry, kiwi, mango, blueberry, cherry, raspberry atau sebagainya. Seeloknya dimakan dengan buah yang mempunyai rasa masam untuk mengimbangi rasa manis meringue.
Resepi Pavlova.

Bahan-bahan :

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus@ gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla


pic dr yus great idea...

emmm...nampak sedapkan...ada buah dan whipping cream...inilah PAVLOVA...rasanya manis dan masam...sy suka sgt sbbnya ada byk buah..... walaupun manis tapi its balance dengan adanya buah.... sekarang its was my feveret kala lapar....hehehe...selalunya sy akan order dengan my fren jg @ http://yusgreatidea.blogspot.com. smlm pun g umah dia amik pavlova.... sy bgtau yus nak buah lebih....emmmm...yumm2... pasni sy akan attend kelas dengan yus....tq so mucah yus....