Rutin pagi seseorang dilihat amat
penting dalam meneruskan hari mereka sebelum pergi ke kerja mahupun memulakan
tugasan sebagai pelajar
|
Tidak kiralah anda seorang ahli sukan, cikgu,
pelajar mahupun suri rumah, kesihatan perlu dititik beratkan dan dijaga dengan
sebaiknya.
Jika kita di Malaysia, pasti ramai mengatakan bahawa memakan
makanan yang berlemak seperti Nasi Lemak, Roti Canai dan juga minuman manis
seperti The Tarik adalah kombinasi yang wajib. Namun tidak tahu apa penyebab
dari pengambilan lemak dan gula berlebih mampu mengundang penyakit merbahaya
seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga obesiti.
Oleh yang
demikian, cuba tukar rutin harian anda menjadi lebih sihat dan hargai setiap
pagi anda dengan menghirup secawan air putih suam bersama hirisan nipis lemon
untuk rasai kelainan dan kebaikkan kombinasi tersebut.
Menambahkan tahan ketahanan dalam badan
Lemon kaya
dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat diperlukan
badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium mampu
melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang
demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk
dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat
baru mula berasa tekanan kerja.
Keseimbangan
PH
Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya
atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita
ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah
metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam
badan merupakan kunci kepada kesihatan diri.
Membantu masalah
mengurangkan berat badan
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat
badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan
yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana
ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal
alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang
demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini
agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang.
Masalah
penghadaman
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu
hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di
ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang
membantu perjalanan sistem penghadaman anda.
Pembersihan air
kencing
Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan
badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam
satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh
yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing
anda akan meningkat dan sihat.
Kulit cerah dan
bersih
Seharian kita didedahkan dengan cuaca yang terik dan habuk
yang banyak. Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari terus rosak dan
dari dijangkiti kuman yang tidak menentu dengan minum air lemon. Pasti dalam
beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan.
Mengelakkan
dehidrasi
Air yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan
sistem di dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi.
Apabila badan anda mengalami dehidrasi anda akan automatik merasa keletihan.
Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan
dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak meminum air dengan
kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam badan
By Nadia Najib
0 comments:
Post a Comment