jiwa lara

, , No Comments
Dalam kemeriahan umat islam menyambut syawal.... TV3 mengajikan drama-drama terbaru seperti  Cinta Elysa dan Jiwa Lara, mulai minggu lepas, slot Samarinda TV3 dari Selasa hingga Khamis, jam 10.30 malam menayangkan drama Jiwa Lara yang mengisahkan persengketaan cinta lakonan hebat barisan pelakon ternama seperti Aaron Aziz, Fauzi Nawawi dan Neelofa.
Kisah cinta tiga segi antara Zaman, lakonan Aaron, Jiwa (Fauzi) dan Lara (Neelofa)... turut membintangi Faezah Elai...
Jiwa Lara adalah persengketaan dan dendam antara Zaman, Jiwa dan Lara dari tahun 80-an hingga kini yang tidak berkesudahan.

Mengisahkan ..... Zaman, seorang penjenayah yang berjaya melepaskan diri daripada kepungan polis menyembunyikan diri selepas dilanggar kereta yang dipandu Baha. Zaman pandai menyambar setiap peluang. Dia merancang strategi untuk memanipulasikan kebaikan Fakir yang mengusahakan ladang getah. Zaman bukan saja mendapat tempat berteduh malah ditawarkan bekerja di ladang itu.
Bagaimanapun, Jiwa yang turut bekerja di ladang itu menganggap Zaman sebagai pesaingnya dan mencurigai keperibadian lelaki itu. Jiwa mencintai Lara dan hubungan mereka akhirnya retak apabila Lara terjerat dengan kata-kata manis Zaman.
Lara akhirnya terlanjur dengan Zaman tetapi cintanya tetap masih teguh menjadi milik Jiwa. Suatu hari, Marini yang juga anak gadis tunggal Fakir pulang dari luar negara. Zaman mula menyisihkan Lara yang hanya seorang penjual bunga demi mengahwini Marini.
Apakah berlaku seterusnya?


Saksikanla lakonan hebat AA, Fauzi Nawawi, Neelofa dan Faezah Elai....

0 comments:

Post a Comment