tanggal 23 februari 2012.. adalah tarikh yg paling bermakna buat lisa surihani dan yusry abdul halim..... ini kerana pada tarikh tersebut dua selebriti ini telah selamat diijabkabulkan dan mereka sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz sahaja... dihadiri dengan 250 tetamu bertempat di Marriot Putrajaya...lisa yang manis berbaju kurung moden rekaan Butik Cosry sementara Yusry segak berbaju melayu.... majlis ni bertemakan vintage garden adalah ilham dari lisa sendiri... lisa menerima seutas rantai platinum sebagai mas kawin sementarara...wang hantarannya dirahsiakan..... hantaran pula 9 dari pihak lisa dan 7 dari pihak yusry.... sememangnya walaupun pernikahan ini tidak ditaja oleh mana2 pihak....namun ianya dianggap mewah dan mempunyai kelas yg tersendiri....tahniah buat yusry dan lisa.....semoga cepat dapat baby ye....





cite pasal trip ke bandung akan menyusul...

tguuuu.......
emmm.....

sejak demam aritu....badan sy ni a bit kecik la...sbb 2 minggu sy x lalu makan..... then bz ngan persiapan kenduri adik sy.... selepas tu g melancong kat bandung..... selama 4 hari.....(oopps terlupa nak masukkan entry bandung) ..... sbbnya ada perkara yg paling sy x lupa smpi bila2 ....tragedi kat bandung.... tggu entry sy nnti ye...

lepas naik keje semula...mmg malas la sbbnya dah lama sgt cuti.... so member2 opis ajak join main badminton.... fuhhh...dh lama sy x pegang raket.... last time sekolah menengah.... masa university dah terjebak ngan boling...then bila dah keje.... suka sgt main boling.... berderet piala dan hadiah kat umah....  so pikir punya pikir...ok la sbbnya training tu sebelah malam.... dari sy dok melepak aje kat umah.... apa salahnya beriadah ngan mber2 opis..... betul x?????

so balik aje umah masuk stor...cari raket...sbbnya aritu adik sy ada pinjam sbb dia jadi penyelaras badminton utk game student di uitm.....nasib baik jumpa...sbb dalam stor umah tu seme benda ada.... simpan punya simpan sampai x tahu nak cari..... hehehehe...

so semalam g la berlatih ngan as,su,cik ja dan fiza di presint 18.... ada geng2 budak2 laki...kami sewa 2 court utk berlatih...mmg seronok dengan telatah my colleague time training.... x larat nak ketawa...macam2 style.... hilang tension kan...bila dapt ketawa...,...berpeluh la juga.... mmg puas berlatih walaupun kami ni bukan terror2 sgt.... saja suka2 aje..... next training ari sbtu ni.... so kita enjoy nanti....

skrg ni kat opis tgh bz dgn indoor game..... sy jadi penyelaras.... ada game dart,karom,pinpong,dam ular,dam aji dan congkak..... mmg jenuh la nak menyelaras sbb time rehat masing2 ada hal...so nak set seme orang leh main mmg la memerlukan kesabaran...apapun itu adala terapi utk sy agar lebih bersabar....
next month outdoor...boling dan badminton...ini memerlukan 200% kesabaran sbbnya macam2 ragam akan dihadapi... so be patient ya cik nilam....


BIODATA USTAZ DON DANIYAL
Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Nama Panggilan : Ustaz Don
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)
Status: Bujang Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir
Rancangan TV Ustaz Don: 30 Minit Bersama Ustaz Don (TV AL-HIJRAH)
 
 
setiap malam jam 10 malam....sy akan tgu dpn tv...sb nak tgk 30 minit Ustaz Don.....
sy bangga sbb Ustaz Don ni anak kelahiran bukit mertajam...mean satu kapal la ngan saya.....
teringat dengan arwah aki... dia nak sgt anak atau cucu2nya jadi ustaz mcm dia....tp seme x ikut jejak langsung.... saya berharap sy anak buah saya Muhammad Danial Redza dapat ikut jejak arwah aki satu hari nanti....
 
berbalik pada cerita Ustaz Don ni.... mmg x kering gusi tgk rancangan dia...sbbnya dia pandai buat lawak jg... dalam setiap episod beliau ada terselit bahasa penang.... mmg lagi seronok la sbb leh dgr bahasa utara.... setiap episod ada saja bahasa utara yg terkeluar dari mulutnya....
 
yang paling sy x boleh lupa bila beliau menceritakan tentang Nabi Muhamamd SAW.... begitu syahdu bila dia menceritakan tentang hari2 terakhir Rasullullah..... sehingga Ustaz menitiskan air mata..... ada satu soalan yg ustaz bertanya.... ada x apa2 benda atau satu perkara yg membuatka kita ingat akan Rasullullah kala kita ada dirumah atau dimana2.... mmg terkesan betul soalan tu.... sekarang ini kita leh mengagungkan penyanyi,pelakon, bintang sukan dan ahli2 ilmuan dari barat...berbanding dengan Rasullullah.... kerana dek media2 yg ada sekarang yg acapkali mendedahkan akan kehebatan mereka.... namun begitu sebenarnya Rasullullah adalah idola yg terbaik buat kita.. kerana dia adalah insan terpilih dari Allah SWT...
 
oleh itu..dari sekarang.... dekatkan hati kita agar mencintai Rasullullah kerana dia adalah nabi junjungan kita..... sama2la kita bersedekah kepadaNYA....
 
kepada seme.... jangan lupa ikuti 30 minit Ustaz Don.... kerana ilmu itu adalah pegangan kita....
 ari ahad last week.... ada party baby shower utk  bff my sister..... so sy decide nak tempah cupcake sbbnye seme bff adik sy...sy rapat juga.... such as leen dan dura.....yg pregnant tu dura....sorang lagi  syira....                                                                                                                                                                                        
so ari khamis sy bgtau pakar yg buat cupcake kat opis...sape lagi kalu bukan DD @ http://anekakek.blogspot ... dia mmg pandai buat kek especially kek lapis sarawak...sbb dia org sarawak.... mula2 dulu dia berniaga buat kek lapis aje..berniaga area floor aje..pastu semakin ramai yg tahu akan kesedapan kek lapis dia.....seme org akan tempah during raya...smpi dia amik cuti tanpa gaji utk siapkan tempahan raya... mmg masyukkk la time raya.... pas bisnes semakin sukses... dia try promote cupcake...cupcake dia pun mmg laen jg sbb cantik design2..... ada originality... pas cupcake.....dia try plak buat kek coklat,cheese kek,kek buah dll...dan skrg ni dia mahir buat fondant kek... mmg cantik design2 fondant tu....latest sekali dia buat cream puff....mmg berbakat anak sarawak ni.... sy nak g belajar la nnti....

                                  
                               pic by anekakek.blogspot.com


utk cupcake ni  sy bgtau DD  designnya baby shower.... kek tu sy nak marble cheese sbb my faveret sy adalah marble cheese..mmmg sedap bangat.....5 bintang tau....so sy bgtau dia design mcm mana.... so design tu leh dilihat diatas.... tantekkkk kan...... tq DD......
Penyanyi British, Adele membawa pulang enam trofi pada Anugerah Grammy ke-54 termasuk Lagu Terbaik menerusi hitnya, Rolling in the Deep dan Album Terbaik, 21.Adele, 23, juga memenangi Rekod Terbaik, Album Pop terbaik, Persembahan Vokal Terbaik dan Video Muzik Pendek Terbaik pada malam anugerah gilang-gemilang itu.Dia mengalahkan calon popular lain seperti Lady Gaga, Bruno Mars, Katy Perry dan Foo Fighters.Kemenangan besar buat Adele itu merupakan sejarah tersendiri sempena penghasilan albumnya berjudul 21 yang telah mendapat pengiktirafan termasuklah anugerah Album Terbaik dan juga Lagu Terbaik menerusi lagu Rolling in the Deep.






Keputusan Rasmi Anugerah Grammy ke-54:
Album Terbaik- Adele, 21
Rakaman Terbaik- Adele, Rolling in the Deep
Lagu Terbaik- Adele, Rolling in the Deep
Artis Baru Terbaik- Bon Iver
Persembahan Solo Pop Terbaik- Adele, "Someone Like You"
Persembahan Duo/Berkumpulan Pop Terbaik- Tony Bennett & Amy Winehouse "Body and Soul"
Album Instrumental Pop Terbaik- Booker T. Jones, The Road From Memphis
Vokal Dalam Album Pop Terbaik- Adele, 21
Rakaman Bagi Tari Terbaik- Skrillex, "Scary Monsters and Nice Sprites"
Album Tari/Elektronika Terbaik- Skrillex, Scary Monsters and Nice Sprites
Album Vokal Tradisional Pop Terbaik- Tony Bennett & Various Artists, Duets II
Persembahan Rock Terbaik- Foo Fighters, "Walk"
Persembahan Hard Rock/Metal Terbaik- Foo Fighters, "White Limo"
Lagu Rock Terbaik- Foo Fighters, "Walk"
Album Rock Terbaik- Foo Fighters, Wasting Light
Album Alternatif Terbaik- Bon Iver, Bon Iver
Persembahan R&B Terbaik- Corinne Bailey Rae, "In This Love"
Persembahan Tradisional R&B Terbaik- Cee Lo Green & Melanie Fiona, "Fool For You"
Lagu R&B Terbaik- "Fool For You" (Dipersembahkan oleh Cee Lo Green & Melanie Fiona)
Album R&B Terbaik- Chris Brown, F.A.M.E.
Persembahan Rap Terbaik- Kanye West & Jayz, "Otis"
Kolaborasi Rap/Lagu Terbaik- Kanye West, Rihanna, Kid Cudi & Fergie "All Of The Lights"
Lagu Rap Terbaik- "All Of The Lights" (Dipersembahkan oleh Kanye West, Rihanna, Kid Cudi & Fergie)
Album Rap Terbaik- Kanye West, My Beautiful Dark Twisted Fantasy
Persembahan Solo Country Terbaik- Taylor Swift, "Mean"
Persembahan Duo/Kumpulan Country Terbaik- The Civil Wars, "Barton Hollow"
Lagu Country Terbaik- Taylor Swift, Mean
Album Country Terbaik- Lady Antebellum, Own the Night"
Album Sejarah Terbaik- Paul McCartney, Band on the Run
Video Muzik Pendek Terbaik- Adele, "Rolling in the Deep"
Video Muzik Panjang Terbaik- Foo Fighters, Foo Fighters: Back and Forth

Seluruh dunia tekejut akan berita kematian Ratu muzik pop,Whitney Houston pada Sabtu lepas. Diva tersebut ditemui lemas di bilik air hotel di Los Angeles....

Punca kematian Houston masih lagi disiasat dan semuanya akan terjawab sebaik sahaja keputusan bedah siasat diumumkan.Sebab-sebab kematiannya masih tidak pasti namun pemergian anak kelahiran New Jersey, AS ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi serta kurang enak didengar. Sudah pasti, punca utama yang dikaitkan dengan Houston adalah dadah dan alkohol yang telah menjadi sebahagian hidup penyanyi itu sejak sekian lama.

Mungkin terlalu awal untuk mengaitkan kedua-dua faktor itu tetapi jika diselak kembali helaian diari hidup pemilik nama penuh Whitney Elizabeth Houston ini, memang tiada yang mustahil.Kerana dadah dan alkohol jugalah, ia telah menjatuhkan prestij dan kedudukan Houston sebagai bintang termasyhur dunia yang disanjung jutaan peminatnya.

Namanya yang cukup masyhur dengan lagu I Will Always Love You dan I Wanna Dance With Somebody (Who Loves Me) terus berada di puncak sehinggalah pada awal tahun 2000 apabila dengan perlahan-lahan kualitinya sebagai penyanyi termasyhur mula jatuh.Suaranya yang dahulu dianggap sebagai suara emas berubah menjadi parau sehingga dia tidak mampu lagi menyanyi seperti asal. Nota tinggi yang sering dinanti-nantikan tidak lagi berupaya memukau peminat.Semuanya berpunca daripada pengambilan dadah dan alkohol yang menjadi peneman setia Houston setiap masa terutama ketika dia berdepan dengan pelbagai masalah rumah tangga dan hidup.

Mayat mendiang Whitney Houston dihantar pulang ke tempat asalnya di New Jersey untuk disemadikan pada hujung minggu ini.Keluarga Whitney bertanggungjawab sepenuhnya terhadap majlis itu dan upacara pengebumian akan diadakan di Newark Prudential Center.

Selepas ini semua akan merindui suara emas penyanyi berkulit hitam ini.... RIP..


Tarikh 14 Februari setiap tahun menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pasangan bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama Kristian. Lantas, remaja Islam di Malaysia diseru agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut pada 14 Februari ini. Sudah jelas bahawa sambutan Hari Kekasih ini salah di sisi agama Islam dan bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri.
 
Perbuatan untuk meraikan sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara’ kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada kebobrokkan akhlak. Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini dirai dengan penuh adegan maksiat seperti berdua-duaan, berpeleseran hatta membawa kepada perbuatan seks bebas. Hari yang dianggap “hari berbulan madu” bagi remaja sehingga mereka sanggup menggadaikan maruah demi membuktikan cinta mereka kepada kekasih masing-masing. Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam.
 
Dalam erti lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain.
 
Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )
 
Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud, Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”
 
"OLEH ITU....SAY NO TO VALENTINE DAY"


cr pic by sharulaimer
cr pic by  mufasa studio



alhamdullilah...

syukur kepada Ilahi kerna dengan limpah dan kurniaNYA majlis perkahwinan adik sy selamat dilangsungkan di Dewan Hj Ahmad Badawi,Butterworth pada tanggal 22 /1/2012...