RIP TO DIVA WHITNEY HOUSTAN

, , No Comments

Seluruh dunia tekejut akan berita kematian Ratu muzik pop,Whitney Houston pada Sabtu lepas. Diva tersebut ditemui lemas di bilik air hotel di Los Angeles....

Punca kematian Houston masih lagi disiasat dan semuanya akan terjawab sebaik sahaja keputusan bedah siasat diumumkan.Sebab-sebab kematiannya masih tidak pasti namun pemergian anak kelahiran New Jersey, AS ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi serta kurang enak didengar. Sudah pasti, punca utama yang dikaitkan dengan Houston adalah dadah dan alkohol yang telah menjadi sebahagian hidup penyanyi itu sejak sekian lama.

Mungkin terlalu awal untuk mengaitkan kedua-dua faktor itu tetapi jika diselak kembali helaian diari hidup pemilik nama penuh Whitney Elizabeth Houston ini, memang tiada yang mustahil.Kerana dadah dan alkohol jugalah, ia telah menjatuhkan prestij dan kedudukan Houston sebagai bintang termasyhur dunia yang disanjung jutaan peminatnya.

Namanya yang cukup masyhur dengan lagu I Will Always Love You dan I Wanna Dance With Somebody (Who Loves Me) terus berada di puncak sehinggalah pada awal tahun 2000 apabila dengan perlahan-lahan kualitinya sebagai penyanyi termasyhur mula jatuh.Suaranya yang dahulu dianggap sebagai suara emas berubah menjadi parau sehingga dia tidak mampu lagi menyanyi seperti asal. Nota tinggi yang sering dinanti-nantikan tidak lagi berupaya memukau peminat.Semuanya berpunca daripada pengambilan dadah dan alkohol yang menjadi peneman setia Houston setiap masa terutama ketika dia berdepan dengan pelbagai masalah rumah tangga dan hidup.

Mayat mendiang Whitney Houston dihantar pulang ke tempat asalnya di New Jersey untuk disemadikan pada hujung minggu ini.Keluarga Whitney bertanggungjawab sepenuhnya terhadap majlis itu dan upacara pengebumian akan diadakan di Newark Prudential Center.

Selepas ini semua akan merindui suara emas penyanyi berkulit hitam ini.... RIP..

0 comments:

Post a Comment