the secret life of nora..

, , No Comments
tajuk mmg gempak.... mmg gempak pun... jalan cerita dan pelakon-pelakonnya.... tambahan pulak dari produksi yg mmg hebat..... congrats tu datin tiara dan team http://enfiniti.com.my menghasilkan sebuah karya yg bertaraf dunia....


setelah berjaya dengan puteri gunung ledang dan p ramlee the musical... sekali lagi datin tiara dan team produksi berjaya menjadi perintis teater musical bertaraf dunia....  mmg layak datin tiara digelar ratu dalam teater....


segala usaha selama 3 bulan berlatih non stop dari pagi hingga lewat malam membuahkan hasil yg mmg mantop...(dalam the marking of....) yg disiarkan di astro prima....


sy mmg x pernah melepaskan peluang utk menonton hasil kerja dan idea datin T ini.... karyanya sebuah hasil yg sungguh intelligence...

Muzikal Nora ini ditunjangi pelakon ternama Broadway, Ryan Silverman sebagai Agent Roger yang sangat menerusi pementasan The Phantom of the Opera, Mamma Mia dan West Side Story.

Turut mengambil bahagian dalam pementasan ini adalah pengacara nombor satu negara, Aznil Haji Nawawi (Mr J), Adibah Noor (Khatijah) dan Tony Eusoff (Farouk)

Tidak ketinggalan pelakon utamanya  Datin Tiara Jacquelina yang bakal membawa watak utama sebagai Nora, primadona seni pentas yang berubah menjadi agen perisik bagi menyelamatkan nyawa ribuan wanita yang terperangkap dalam satu sindiket penyeludupan manusia.

Teater muzikal diarahkan oleh Steven Dexter ini mengisahkan kehidupan seorang primadona bernama Nora yang telah jatuh cinta dengan seorang perisik antarabangsa yang membantunya daripada terus bergelar primadona pentas kepada perisik upahan.

Skrip muzikal yang sarat dengan kisah pengembaraan, cinta, komedi, air mata, drama dan keyakinan ini telah ditulis oleh penulis skrip/pengarah berkaliber, Mamat Khalid disertai Raymond Miranda, Elliot Davis dan Onn San.

so...apa tunggu la....jom beramai-ramai kita serbu Istana Budaya...

0 comments:

Post a Comment