tahun 2011 dan ceriteranya...

, , No Comments
tahun ni saya sambut tahun dari dalam keadaaan yg tidak sihat..... inilah dugaan dalam hidup saya....tahun ni banyak cabaran dan dugaan yg menguji saya..namun saya redha kerana itulah ketentuannya.....  tahun 2011 arwah mama sakit dan menghembuskan nafas terakhir tanpa saya dan adik disisi.... mmg terkilan sbb x balik awal pada ptg mama sakit teruk...... semoga roh mama ditempatkan dikalangan org2 beriman.....AMIN....

seterusnya..... saya mendapat anugerah khidmat cemerlang di opis..... setelah  9 tahun berkhidmat.....alhamdulillah...terima kasih boss....sbb menghargai saya selama ni....insya allah saya akan memberi perkhidmatan yang cemerlang....

tahun ni juga dapat memiliki sebuah rumah walaupun x sebesar mana...tapi boleh la berlindung dari panas dan hujan..... inilah harta saya selepas 9 tahun bekerja dalam perkhidmatan awam.....

2011.... adik sy sudah menjadi isteri...setelah sekian lama...hampir 16 tahun berkawan...ahkirnya dia dimiliki oleh suaminya...... semoga kalian berdua akan sabar mengharungi cabaran dalam alam perkahwinan...

tahun ni jg.... ayah kehilangan mama...setelah 37 tahun hidup bersama....akhirnya ajal memisahkan mereka berdua.... saya kagum dengan ayah sbb sabar menjaga arwah mama semasa arwah mama sakit.... sepanjang 6 bulan mama bertarung dengan penyakit kansernya..... akhirnya arwah mama kembali ke rahmatullah.... semoga ayah akan tabah mengharungi hidup ni dengan tabah.....

saya berdoa agar tahun 2012 ni akan memberi keceriaan,kebahgiaan dan kejayaan dalam hidup saya.... sentiasa berdoa agar saya akan terus diberi kesihatan yang baik bagi menjalani kehidupan sebagai khalifah dimuka bumi allah.... sy berdoa agar saya dapat ke Mekah mengerjakan umrah....dan berdoa agar ayah dapat menunaikan haji tahun ni....

0 comments:

Post a Comment