S T R A T E G I LAUTAN B I R U

, , No Comments

Salam seme....

Artikel dari Berita Harian bertarikh 4/4/2011...

Kakitangan awam perlu terap elemen 'Strategi Laut Biru': Najib

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak mahukan setiap anggota pentadbiran awam menerapkan empat elemen penting yang terkandung dalam "Strategi Lautan Biru" dalam pengurusan tugas mereka.

Perdana Menteri berkata, empat elemen tersebut ialah "mengurang", "menghapus", "mewujud" dan "menambah peluang".
Beliau berkata, dengan menerapkan elemen tersebut, pencapaian dan keberhasilan sektor pentadbiran awam akan terus meningkat.
"Jadi dengan cara pendekatan seperti ini, saya percaya kita akan dapat melihat pendekatan kerajaan ini bukanlah melalui aspek agenda utama sahaja.
"Tetapi kita gunakan apa sahaja pendekatan kelengkapan pengurusan...pemikiran yang lebih kreatif supaya pencapaian dan keberhasilan kita dapat ditingkatkan," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.

Semlam sy menghadiri satu kursus bertajuk Pemikiran Inovasi melalui Pendekatan  Blue Ocean Strategy.. mmg mula2 mcm blur aje.... ape tu Blue Ocean???? ...sebelum ni time buat KIK dulu.. ada diperkatakan ttg Blue Ocean... tp x faham sgt....tapi pas g kursus tu... dah clear skit apa yg blur aritu.... alhamdullilah.... mekaseh kat penceramah dari INTAN..DR ONG.... walaupun kursus tu hanya satu hari aje....tp ada ilmu jg yg sy dpt.... so pasni kalu ada sesiapa yg tnya...leh sy explain jg...ada kaitan jg ngan KIK.... cuma bezanya pendekatan utk selesaikan masalah aje berbeza... kalau dalam KIK guna Ishikawa utk selesaikan masalah...tp Blue Ocean gunakan Strategi Kanvas dan 4 prinsip iaitu.... Eliminate,Reduce,Raise dan Create..  sebagi contoh AIRASIA,OLDTOWN WHITE COFFEE... adalah contoh blue ocean...dimana mereka menggunakan pendekatan berubah menjadi lebih baik... dari pendekatan yg berlainan persepsi....



*** Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: “Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri
China, kerana menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap orang ...

0 comments:

Post a Comment