wanita dan kitabullah

, , No Comments
salam nuzul al-quran utk seme....

sempena hari yg penuh barakah ini.... Puspanita opis telah menganjurkan ceramah agama bertajuk WANITA DAN KITABULLAH....ceramah tu disampaikan oleh USTAZAH AZNI ABU MANSOR AL-HAFIZAH....
mmg terkesan ceramah tu..... dengan alunan surah dari ustazah...sungguh lunak dan sedap didengar...
antara intipati ceramah tersebut....

bagaimana kita boleh jadi ahli vvip Allah swt...

senang sahaja..... belajarlah membaca alquran dan mengajarlah....
kerana alquran adalah mukjizat yg paling berharga dari allah...
ada pendapat menyatakan bahawa takut nak tambah dosa...
kerana kalau kita membaca alquran salah...kita akan berdosa....
namun begitu...kalu kita x berusaha utk belajar...nescaya kita akan peroleh 2 kali ganjaran seperti Jibrail...
yang penting kita perlu belajar....(dari tok-tok) ayat saloma kepada P.Ramlee dalam filem Ahmad Albab....

ada satu kisah ttg BILAL BIN RABBAH.... walaupun dia x boleh menyebut "shim" dalam azannya... namun Allah SWT tetap menerimanya , dan satu kaki Bilal adalah di syurga.....pernah sekali Bilal tidak mengazankan solat Subuh....Jibrail turun dari langit bertanyakan Rasullulah kenapa x ada azan dan solat?kerana Allah tidak mendengar suara Bilal.... kata Rasullulah mereka sudah azan dan solat berjemaah.... sungguh istimewa Bilal di sisi Allah SWT....

oleh itu,kita sebagai manusia dan khalifah patut bersyukur kerana Allah telah menurunkan Al Quran kepada manusia....(bukit dan laut pun x sanggup menerima kelebihan alquran) kerana itu adalah tanda kebesaran Allah..

tips dari ustazah...

**bacalah yasin selepas solat subuh... insya allah apa yg dihajati akan termakbul...

**kepada  anak-anak yg akan menduduki peperiksaan.... para ibubapa boleh membaca surah yasin selepas suboh selama 40 hari berturut-turut...insya allah mereka akan beroleh kejayaan...

mulai dari hari ini sama2 lah kita membaca alquran.... kerana setiap pahala akan diberi kepada kita utk setiap patah perkataan yg kita baca....

sebuah kisah dari ustazah... ada seorang teman yg sama-sama belajar meghafal alquran dengan ustzah.... telah kehilangan matanya pada usia 17 tahun akibat brain tumor.... pada mulanya dia amat sedih akan kehilangan anugerah paling berharga.... namun selepas 7 tahun belajar.... alhamdullilah dia berjaya menghafal 30 juzuk alquran... dan dia berkata kepada ustazah.... walaupun Allah swt telah mengambil kedua-dua matanya.... namun Allah SWT telah memberi keindahan 30 juzuk alquran kepadanya...jika tidak mungkin dia tidak akan menghayati alquran.....

namun begitu.... teman ustazah ini telah kembali kerahmtullah dengan hafazan 30 juzuk alquran.... alfatihah utk teman ustazah..

semoga segala kisah-kisah ini akan mendorong kita lebih dekatkan diri utk menghayati alquran dan membacanya....

0 comments:

Post a Comment