filem dan drama cinta....oct 2012

, , No Comments


minggu ni filem terbaru lakonan nora danish dan ady putra...... aku terima nikahnya..... akan berada di pawagam pada 11hb oktober 2012...

Mengisahkan kepayahan dan ketabahan seorang isteri yang setia, kehidupan bahagia Arlisa (Nora) serta Johan (Adi Putra) ditimpa dugaan selepas Johan terbabit dalam nahas jalan raya. Akibat kemalangan itu, Johan disahkan hilang ingatan kerana menghadapi Selective Amnesia menambah lagi kerumitan kepada Arlisa. Tidak mahu berputus asa, Arlisa menguatkan semangatnya untuk berusaha menjaga Johan walaupun kini dia langsung tidak diingati suaminya itu......

drama julia di tv3...


Drama Julia mengisahkan cinta tragis di antara Julia dan Amir yag bermula semenjak di alam universiti. Kisah bermula apabila Amir (Fizo Omar) telah dikecewakan oleh gadis bernama Sofia (Izreen Azminda) dan suratan itu telah menemukan hati Amir kepada Julia (Nabila Huda). Amir dan Julia bagaikan melengkapi antara satu sama lain. Selepas tamat pengajian, mereka berdua kembali ke Malaysia dan Amir mula bekerja di Kuala Lumpur manakala Julia bekerja di Teluk Intan. Walaupun masing-masing telah bekerjaya namun Amir masih tidak mahu mendirikan rumahtangga kerana mahu membalas jasa kedua orang tuanya dahulu dan memenuhi impiannya.Hubungan jarak jauh memberi tekanan kepada Julia tambahan pula kini Sofia muncul kembali dalam hidup Amir sebagai rakan sekerja. Setiap kali Julia mengajukan soalan perkahwinan kepada Amir pasti kekasihnya itu akan memberi pelbagai alasan. Bagi Julia, Sofia merupakan punca Amir menangguh perkahwinan mereka. Julia menganggap hubungannya dengan Amir tiada jodoh lantas dia mengkhianati hubungan 8 tahun bersama Amir dengan menerima Azwan (Azlee Khairi) sebagai suaminya. Amir sangat kecewa dengan keputusan Julia dan semenjak dari itu dia semakin menumpu kepada kerjayanya sahaja. Dalam pada yang sama, Sofia memulakan langkah untuk menawan semula hati Amir. Kehidupan Amir mula berubah. Dia sering menghabiskan masa di kelab eksekutif dan mula membayar cinta seorang demi seorang untuk menjadi temannya. Amir sering mendapat nota yang mempunyai kata-kata semangat dari seorang yang tidak dikenali. Tetapi lama-kelamaan Amir mendapati bahawa Nurain (Fouziah Gous) seorang pembekal bunga di syarikatnya yang menghantar nota-nota itu. Amir mula berkawan dengan Nurain. Sementara itu, Julia telah bercerai dengan Azwan. Mengapa Julia diceraikan? Adakah selepas bercerai, Julia akan kembali semula kepada Amir?  Di antara Sofia, Julia dan Nurain, siapakah yang bakal menjadi penyeri hidup Amir?

Untuk mengetahui kesudahannya, saksikan drama bersiri JULIA 28 episod di slot Akasia setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00 petang hanya di TV3!

Drama bersiri Julia lakonan Nabila Huda, Fizo Omar,Iqram Dinzly, Fauziah Ghaous dan dan ramai lagi.

0 comments:

Post a Comment