, , No Comments


salam aidiladha utk seme teman2 dan keluarga.....

mohon maaf zahir dan batin....

tahun ni,smbut aidiladha tanpa ayah.... smga ayah dpt haji yg marbur ....amin ....mmg lain sgt kali ni.....miss my arwah mama dan ayah.....seme family x balik raya.... hanya maksu aje yg balik..... raya kali ni....opah nak buat ketupat sendiri.... sbbnya aritu ayah yg tolong tmpahkan.... so kali ni ayah x ada...so kenalah buat sendiri....opah smpi mimpi sy bawa balik ketupat dekat dia.... sedeynya..... bila bgtau maksu...trus dia nak balik kpg tolong kak long buat ketupat.... tadi baru col kak long.....dia dah siapkan daging masak hitam(mmg sedap bangat),esk nak beli ayam aje nak buat rendang,laksa dah order.... yg lain- kuah kcang dan nasi impit otw utk masak esk..... fuhh...mmg cepat kak long sy ni.... arwah mama pun mmg puji kak long....cekap buat kerja....

saya.... mcm biasala...sponsor kueh raya, kek dan keropok..... raya kalu x ada kueh raya x meriah kan...


so esk pagi akan gerak balik ke kpg....yg sedey jg... sy drive sorang2 aje....sbbnya adik adan BIL pun x balik..... harap2 perjalanan esk pg x sesak....mlm ni nak g amik cheese tart kat  www.yusgreatidea.blogspot.com.. sbbnya maksu dan kezen mmg suka cheese tart tu....

esk jg jgn lupa puasa sunat arafah.... fadilatnya....Puasa sunat pada hari Arafah. Sabda Baginda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :

 "Puasa pada hari Arafah itu menghapuskan dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang." (Hadis riwayat Muslim).
Selalunya pada hari raya aidiladha ni... kita seme akan bertakbir, bertahmid dan bertahlil kepada Allah, serta berselawat ke atas Baginda Rasulullah S.A.W. bermula dari subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar hari tasyriq yang terakhir (13 Zulhijjah). Melaksanakan ibadat korban pada EidulAdha sehinggalah penghujung hari tasyriq. Ibadat ini mengingatkan masyarakat Islam  untuk sentiasa bersifat ikhlas dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. Ibadat ini juga dapat merapatkan hubungan dan menyebarkan kasih sayang di antara manusia, dengan perkongsian daging bersama mereka yang memerlukan, keluarga, sahabat dan jiran tetangga.

sama2 la kita menghayati pergorbanan Nabi Ibrahim,Nabi Ismail dan Siti Hajar
 

Kisah nabi Ibrahim a.s bapa kepada nabi ismail a.s. Kisah ini adalah kisah bagaimana ketaatan dan ketaqwaan nabi Ibrahim a.s kepada perintah dan suruhan Allah ta'ala. Bagaimana pada suatu hari nabi Ibrahim a.s telah diperintahkan oleh Allah ta'ala untuk membawa isteri keduanya, Hajar beserta anaknya yang baru dilahirkan, Ismail a.s untuk ditinggalkan di suatu tanah gersang kering kontang yang dinamakan Makkah.

Sebaik saja menerima perintah Allah tersebut, nabi Ibrahim a.s tanpa banyak soal terus membawa isteri dan anaknya itu dalam suatu perjalanan yang amat jauh (bayangkan perjalanan darat dengan tunggangan unta dari Palestin ke Makkah, berapa jauh tu) dan tanpa memberitahu ke mana destinasi yang dituju mereka dan apakah tujuan kemusafiran itu kepada anak isterinya.

Setibanya sahaja di Makkah yang ketika itu adalah satu tempat yang gersang, kering kontang, tiada hidupan, tiada air, tiada tumbuhan, tiada orang lalu-lalang sekalipun, bak kata orang, tempat jin bertendanglah, maka diarahkanlah isterinya Hajar dan anaknya Ismail a.s turun dari tunggangan unta tersebut. Tanpa bercakap sepatah apa pun, hatta untuk mengucap selamat tinggal sekali pun, nabi Ibrahim a.s berlalu meninggalkan anak isterinya di situ. Maka tercengang-cenganglah isterinya dan teruslah Hajar merayu kepada nabi Ibrahim a.s agar tidak meninggalkannya di situ. Hajar juga terus bertanya kepada suaminya mengapa dan mengapa ditinggalkan mereka di situ. Akan tetapi nabi Ibrahim a.s tidak sedikitpun berpaling dari perjalanan baliknya dan tidak sedikitpun menjawab rayuan Hajar itu.

Sehingga akhirnya apabila Hajar bertanya adakah itu semua adalah suruhan dan perintah Allah? Maka barulah nabi Ibrahim a.s berhenti sebentar (tanpa berpusing melihat isteri dan anaknya) dan menjawab: "Ya, ini adalah perintah Allah", lantas disambung perjalanannya kembali dan mendengar jawapan itu, maka redhalah Hajar dengan apa yang dihadapinya itu (hebat sungguh seorang isteri kepada seorang nabi yang juga tinggi ketaqwaannya). Selepas beberapa jauh perjalanan, barulah nabi Ibrahim melihat ke belakang, akan tetapi kelibat isteri dan anaknya sudah tidak kelihatan. Lantas baginda berdoa dan bertawakkal memohon Allah memelihara isteri dan anak yang ditinggalkannya itu. Itulah nabi Ibrahim a.s yang tidak mahu melayan rayuan isterinya yang tercinta kerana baginda sedar sebagai manusia, baginda juga boleh cair dengan pujuk rayu isterinya walaupun ketika melaksanakan perintah Allah ta'ala.

Itulah kisah bagaimana hebatnya nabi Ibrahim a.s menerima dan melaksanakan perintah Allah ta'ala Tuhan Pencipta Semesta Alam sehingga mendapat gelaran "Khalilullah" yang bermakna "yang dekat dengan Allah". Macam mana lah kita ni pulak dalam menerima dan melaksanakan sesuatu tuntutan dan perintah Allah? Pasti ada ketika-ketikanya kita cuba mengkompromi atau menjustifikasikan tindakan kita untuk tidak segera atau bahkan tidak mahu langsung menjunjung perintah Allah. Bagaimana tuntutan solat fardhu lima waktu, tuntutan mengeluarkan zakat, berpuasa, menutup aurat bagi lelaki apatah lagi menutup aurat bagi perempuan yang lebih besar had-hadnya, tuntutan muamalah dan pergaulan lelaki dan wanita? Bahkan yang lebih besar lagi tuntutan melaksanakan isi kandungan AL-Quran sepenuhnya? Semoga kisah ketaatan dan ketaqwaan nabi Ibrahim a.s ini boleh membuka sedikit ruang keinsafan dalam diri kita sempena Idul Adha ini.

Dan ibadah korban yang kita laksanakan saban tahun juga harus dilihat dari perspektif taqwa dan ketaatan kepada Allah. Benar firman Allah ta'ala dalam surah Al-Hajj ayat 37: "Dan bukanlah daging mahupun darah (haiwan qurban) itu yang sampai kepada Allah, akan tetapi yang sampai adalah ketaqwaan kamu kepada Allah

0 comments:

Post a Comment