ilmu dan pengajaran

, , No Comments
salam seme....


alhamdullillah.... majlis APC selamat berlangsung ....nie first time jumpa Dato Sri Ahmad Husni,MK 2...  beseri-seri penerima APC... tema biru...mmg menarik.... YB Dato Seri pun kata mmg segak2 seme....
kala kegembiraan diraikan seme..... ada beberapa pengajaran yg diberikan daripada YB MK 2 semasa ucapan aluannya....


1st.... tentang penceramah cacat yang masyhur didunia... walaupun dia hanya ada kepala dan badan... namun dia boleh menempa kejayaan.... dia tidak menyalahkan takdir dilahirkan cacat tanpa tangan dan kaki.... dia gunakan apa yang dikurniakan untuk terus hidup....Dia yang dimaksudkan ialah Nick Vujicic yang lahir pada 4 Desember 1982 di Melbourne Australia dari keluarga Kristen Serbia, terlahir tanpa memiliki 2 tangan dan 2  kaki ...


2nd... tentang pengalaman YB MK 2 menaiki train laju dari kl ke ipoh.... semasa perjalanan beliau dalam train tersebut dia duduk disebelah budak cina yang berumur 21 tahun.... bila dipelawa makan dan minum dia x menjawab..rupa2nya dia seorang yang bisu... dalam 2 jam perjalanan YB MK 2 dapat belajar bahasa isyarat dengan mahir sekali... perbualan mereka berkisar ttg budak cina tu yang sedang belajar fashion designer di kolej swasta yang mahu berjaya walaupun dia bisu....


3rd... tentang seorang budak bernama Haziq berumur 3 tahun yang kemalangan,yang diseret van 100 meter dan mungkin menyebabkan kecacatan kekal pada dua jari tangan kirinya selepas urat saraf di bahagian itu hancur dan putus. Pembedahan awal yang dilakukan ialah untuk mengambil cebisan kulit paha bagi ditampal pada perutnya....
Melihat kesakitan yang dihadapi oleh Haziq ...mak dan ayah dia x dapat menahan sebak...sehingga menangis didepannya,...
namun apa yang dikata haziq... mama dan abah..jangan la menangis.... haziq bukan nya mati lagi...haziq masih hidup...


melihat dari ketiga-tiga cerita itu tadi.... dapat disimpulkan...mereka bertiga cekal menghadapi dugaan,tidak mengalah dan akan teruskan hidup walaupun mereka serba kekurangan...


sebagai manusia... setiap ujian dari Allah terimalah dengan hati yang redha agar kecintaan kita terhadap pencipta sentiasa mekar walaupun dugaan itu akan menyakitkan......


itulah ilmu dan pengajaran yang saya peroleh arini...smga menjadi pengajaran juga kepada seme...

0 comments:

Post a Comment