the magic of thinking B I G

, , No Comments




salam seme....


last friday.... sy attend perhimpunan bulanan kat opis....tiap2 bulan ada perhimpunan bulanan yang dihoskan oleh setiap seksyen....bulan ni...seksyen teknologi maklumat jd hos....mmg gempak la presentation power point...terbaek....


yang menarik perhatian sy adalah amanat Dato... selalunya Dato akan bercakap ttg buku yang dia baca....
then kali ni... Dato menghuraikan ttg sebuah buku bertajuk "the magic of thinking B I G" oleh David J.Schwartz....


individu yang berjaya x semestinya memiliki ijazah atau pendidikan tinggi... yang penting adalah bagaimana seseorang itu berfikir diluar kotak... mean berfikiran luas dan besar.....


sebagai contoh:-


Tan Sri Nasimuddin-NAZA Motor.... hanya memiliki SPM...tetapi beliau seorang yg berjaya dan menjadi usahawan berjaya.... dengan berfikir secara besar dan luas....


Syed Mokhtar Al Bukhary- juga hanya memiliki SPM.... beliau mohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas untuk mengeluarkan beras.... dan sekarang beliau memiliki sepenuhnya BERNAS...


Lim Goh Tong.... yang hanya tahu bebahasa Hokkien, Bahasa Melayu yg serba kekurangan serta tak tahu berbahasa Inggeris boleh menjadi seorang yang kaya raya.... Beliau  berfikiran di luar kotak dengan membuka tempat peranginan di atas bukit... tidak x sesiapa yang terlintas berfikiran seperti beliau....nah...kini beliau menjadi jutawan....


Bill Gates....beliau juga tidak berjaya dalam peperiksaan di universiti...namun dengan kepandaian beliau...telah menakluki dunia dengan Microsoft....

Kesimpulannya..... untuk berkaya kita hanya perlu berusaha dan berfikiran positif dan luas.... memiliki pendidikan tinggi adalah satu bonus....namun dengan usaha, semua yang mustahil boleh berlaku.... jadikan mereka2 ini sebagai contoh untuk kita terus berjaya dalam hidup...

"Tiada siapa yang dapat 'MENGUBAH HIDUP' kita ini kecuali diri kita sendiri

0 comments:

Post a Comment