DATO LCW

, , No Comments
emmm...mgu ni mmg seme org tgh  tgk kejohanan badminton all england.... mana x nye nak tgk dato LCW.... dengan harapan dpt membuat hatrik utk tahun ketiga.... pada kali ni kejohanan ini  diungguli oleh negara China.

sy pun mmg tengah kemaruk tgk badminton ni...yela sejak2 aktif dalam training badminton kat opis....so tgk la dari pusingan awal dan ke final semalam... fuhh.... single wanita,double wanita..China Vs China,double man...China Vs Korea,mix double Indonesia Vs Denmark.... dan yg di tunggu single man mestila Malaysia dan China.... pertemuan musuh lama antara Lin Dan dan Dato LCW..... mmg berdebar2 sy tgk game ni.... sbbnya Dato LCW nak kejar hatrik untuk kali ke 3...manakala Lin Dan kejar utk kejuaraan kelima... perlawanan bermula agak lewat sbbnya double man bermain 3 game.... fuhh....mmg power la double Korea bermati2an nak menang.... mmg salute la....semangat juang yg tinggi(alangkah bestnya jika semangat ni ada dalam seme pemain Malaysia)....

time MC mengumumkan nama pemain seluruh gelanggang bersorak(byk pelajar Malaysia yg dtg beri sokongan kepada Dato LCW)..penonton dari China pun banyak juga.... seme org mmg menunggu pertemuan Lin Dan dan Dato LCW ni kerana mereka berdua adalah pemain pertama dan kedua dunia...

dalam game pertama mmg sengit sbbnya mata silih berganti antara Dato LCW dan Lin Dan.... masing2 mempunyai kepakaran tersendiri....namun begitu keadaan Dato LCW yg masih injure di bahu kanan memaksa dia tidak bermain secara agresif.... dalam game pertama nampak Dato LCW menahan kesakitan...sehingga memaksa dia mendapatkan rawatan doktor perlawanan dengan memberi painkiller..... game pertama Lin Dan menang dengan mata 21-19....

game kedua....dengan keadaan bahu yg semakin sakit membuatkan Dato LCW membuat banyak kesilapan.... sehingga memaksa dia mendapatkan rawatan doktor utk kali kedua.... selepas itu... Dato LCW bermain dengan memaksa dia mmbuat pukulan "smash"utk mendapatkan mata..... selepas pukulan tu.... Dato LCW terus berjumpa dengan referee untuk tarik diri... dia memberikan kemenangan percuma kepada Lin Dan dengan mata 6-2....


apapun semangat yg ada pada Dato LCW harus dipuji kerana demi negara dia berjuang walaupun terpaksa menahan kesakitan... banyak lagi kejohanan dunia yg berprestij antanya Sukan Olimpik pada bulan Ogos ni,dengan sbb itu Dato LCW tidak mahu injury bertambah buruk kerana  dia mengimpikan utk memenangi pingat emas di Sukan Olimpik nnti sebelum dia menggantungkan raketnya selepas Olimpik nanti.....

0 comments:

Post a Comment