dirang...... tragisnya kisahmu....

, , No Comments


Arini seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan kematian yg amat tragis bila pihak polis menjumpai serpihan rangka manusia di dalam kawasan ladang kelapa sawit Nusa Damai pada 8  Mac lalu.....Rangka manusia yang awalnya disangka dewasa dibakar hingga rentung itu ditemui di dalam sebuah lubang oleh orang awam. Siasatan awal polis mendapati serpihan rangka manusia berkenaan sudah dibakar lebih dari lima hari hingga menyukarkan proses untuk mengenal pasti identiti dan jantinanya.Satu mayat rentung ditemui dan siasatan di lokasi kejadian berjaya menemui serpihan tulang. Mayat rentung yang ditemui berhampiran kediaman berkenaan dikenal pasti sebagai mayat Nadirah atau lebih mesra dipanggil Dirang selepasa ujian DNA dibuat keatas serpihan tulang tersebut.....

Ada dosa kanak2 ini sehingga dibakar sebegini rupa dek kerana membeli sebungkus beli mi segera dan telur.Nurul Nadirah dilaporkan hilang selepas ke kedai runcit di tingkat bawah blok perumahan bersebelahan kediamannya untuk membeli mi segera dan telur dengan membawa wang tunai RM4, dalam kejadian jam 10 pagi 1 Mac lalu. Kehilangannya menimbulkan tanda tanya apabila sebelah seliparnya ditemui dalam kebun sawit berhampiran perumahan itu, manakala satu lagi ditemui 500 meter dari situ dengan telur yang dibelinya pecah dan mi segera bertaburan.

Dunia sekarang ini tidak selamat utk semua orang kerana nyawa seorang manusia itu tidak berharga lagi.....  Banyak kes kehilangan kanak2 dan pembunuhan yang begitu tragis dilakukan terhadap seorang kanak2 yang tidak berdosa.... Siapakah harus disalahkan????? tepuk dada tanya selera....

kepada yg membaca blog ini...sama2lah kita sedekahkan alfatihah kepada Nurul Nadirah....smga rohnya diangkat darjatnya disisi Allah... Syurga menantimu sayang.... Al fatihah....

0 comments:

Post a Comment