konvensyen bidadari

, , No Comments

Menangi iPhone 4S Dari Konvensyen Bidadari Dunia 2012

Wanita adalah satu simbolik yang sering dikaitkan dengan kelembutan dan jua kesopanannya. Warna putih pula dikaitkan dengan suci dan bersih.

Islam tidak menghalang wanita menghias diri dalam apa keadaan pun tapi haruslah mengikut garisan islam.

"Katakanlah, kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan menjaga kehormatan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang tampak darinya. Hendaklah mereka mengulurkan/menutupkan kain kudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau mertua mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung." - Surah Al-Nur (24): 31

Muslimah kini haruslah bergerak mencari "role model" terbaik bagi membentuk dan menyerlahkan lagi penampilan serta bakat tersendiri sepertimana Saidatina Khadijah r.a. isteri Rasulullah S.A.W.

Sebagai insan biasa kita tidak mungkin dapat menyamai Saidatina Khadijah r.a. namun sebagai hamba Allah swt, kita boleh berusaha memupuk dan menyemai sifat-sifat terpuji itu secara beransur-ansur dengan sabar.

Antara sifat-sifat terpuji itu ialah taat perintah Allah, berakhlak mulia, dermawan, sabar, tabah, cekal, penyayang, berwawasan dan berfikiran kreatif.

Keikhlasan hati beliau terletak di kedudukan langit tertinggi yang hanya boleh dicapai oleh insan yang melakukan sesuatu hanya kerana Allah swt semata-mata.

Selaras degan tuntutan kini yang dahagakan ilmu dan jua memerlukan sesuatu proses bagi menimbulkan kesedaran diri untuk menjadi yang terbaik diantara yang terbaik, maka pihak iluvislam.com ingin turut serta meyumbangkan tenaga ke arah pembentukan muslimah sejati, muslimah terbaik.

Oleh yang demikian, iluvislam merancang untuk mengadakan satu program yang boleh dijadikan landasan untuk para muslimah, mencari dan memperbaiki diri, di samping menambahkan ilmu pengetahuan.

Bagi menambah kerancakan sekaligus meraikan peserta Konvensyen Bidadari Dunia 2012 yang akan berlangsung Mac ini, iluvislam menawarkan hadiah istimewa kepada peserta bertuah dalam Konvensyen ini.Iluvislam menawarkan hadiah istimewa iPhone 4S kepada peserta yang berjaya membawa paling ramai rakan bagi mendaftar dalam Konvensyen Bidadari Dunia 2012

Sebagai maklumat, Konvensyen Bidadari Dunia 2012 yang akan diadakan pada 24 dan 25 Mac 2012 ini menghimpunkan tokoh-tokoh wanita seluruh Malaysia di bawah satu bumbung.

Antara tetamu yang hadir dalam Konvensyen Bidadari Dunia 2012 ini termasuklah penulis novel tauhid popular, Fatimah Syarha, Prof. Madya Dr Syarifah Hayati Syed Ismail Bistari, Prof. Dr. Muhaya Mohomad, Wardina Safiyyah, Catriona Norhayati Ross Bahrin, Amie Sofie, Dato' Siti Nor Bahiyah dan ramai lagi.

Bertemakan Wanita Seindah Hiasan, Konvensyen Bidadari Dunia ini bermatlamat bagi melahirkan lebih ramai pendakwah muslimah sejati, membantu para wanita supaya menjadi anak yang solehah, memberi anjakan paradigma dalam diri setiap muslimah demi memperbaiki diri ke arah yang lebih baik disamping mengamalkan syariat Islam.

Maklumat lengkap mengenai Konvensyen Bidadari Dunia 2012 ini boleh didapati di www.bidadaridunia.com.

- Petikan dari Artikel iluvislam.com
 
p/s Kepada seme wanita2 diluar sana jom kita seme ke PICC menghadiri konvensyen ini kerana banyak pengalaman dan pengetahuan baru akan kita peroleh dari speaker2 yg mmg terbaik yg dijemput bagi menjayakan konvensyen ini..... Luangkan masa kita untuk menuntut ilmu kerana ilmu itu adalah pelita hidup....

0 comments:

Post a Comment